Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Berdasarkan sejarah, Kampung Balok diberi nama kerana terdapat banyak kayu balak di sekitar kampung pada waktu itu. Kayu-kayu ini dibawa keluar bagi tujuan export. Akibat peredaran zaman, balak ini telah dijadikan asal kepada nama Balok
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG PERINGKAT NADI KAMPUNG BALOK
Aktiviti Terkini | 29 September 2024Mengenal pasti dan mencungkil bakat baharu di kalangan pemain muda, meningkatkan kemahiran mereka dalam suasana kompetitif, serta menggalakkan kerjasama, komunikasi, dan semangat kesukanan dalam pasukan...baca selanjutnya
ASAS MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2024Memberi tunjuk ajar cara memasukkan gambar ke dalam Microsoft Powerpoint...baca selanjutnya
ASAS MICROSOFT OFFICE WORD
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2024Memberi tunjuk ajar cara memasukkan gambar ke dalam Microsoft Office Word. ...baca selanjutnya
SOFTSKILLS – ASAS JAHITAN KERONSANG BERSAMA KEMAS
Aktiviti Terkini | 2 Jun 2024Taklimat jahitan diberikan oleh Puan Suriati Binti Othman (Guru Kemas PKEM Indera Mahkota)....baca selanjutnya
PENGENALAN KEPADA MICROSOFT POWER POINT
Aktiviti Terkini | 12, 18 & 25 Mei 2024Membina tajuk ...baca selanjutnya
PENGENALAN KEPADA PENGGUNAAN PRINTER
Aktiviti Terkini | 26 April 2024Para pelajar diperkenalkan dengan mesin printer sedia ada di NADI Kampung Balok. ...baca selanjutnya
PROGRAM KELAS ICT MICROSOFT EXCEL
Aktiviti Terkini | 30 Mac 2024Pelajar turut di ajar cara untuk menukarkan saiz tulisan, jenis tulisan, cara menjadikan huruf kecil dan huruf besar. ...baca selanjutnya
PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA PERKESO @ PEDI
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2024Anggaran seramai 50 orang peserta telah menghadiri sesi temuduga....baca selanjutnya
PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 15 -29 Februari 2024Seramai 120 orang peserta telah menyertai program-program yang dianjurkan....baca selanjutnya
PROGRAM KURSUS JAHITAN BANTAL
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2024Anggaran seramai 5 orang peserta telah menghadiri sesi temuduga. ...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya