Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan sejarah, Kampung Balok diberi nama kerana terdapat banyak kayu balak di sekitar kampung pada waktu itu. Kayu-kayu ini dibawa keluar bagi tujuan export. Akibat peredaran zaman, balak ini telah dijadikan asal kepada nama Balok



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS ICT SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 19,20 & 21 Disember 2023

Sempena cuti sekolah pada bulan ini, kakitangan PEDi telah menganjurkan kelas ict selama tiga hari di PEDi...baca selanjutnya

PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA PERKESO @ PEDI

Aktiviti Terkini | 1 November 2023

Anggaran seramai 40 orang peserta telah menghadiri sesi temuduga....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS ICT PEDI KAMPUNG BALOK SESI OKTOBER 2023

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2023

Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini....baca selanjutnya

PROGRAM E-LEARNING & KDB ANJURAN KERJASAMA PEDI DAN PERPUSTAKAAN PAHANG BALOK

Aktiviti Terkini | 9 September 2023

Seramai 79 orang peserta telah menyertai program ini....baca selanjutnya

PROGRAM PENGGUNAAN TABLET MCMC OLEH PEDI KAMPUNG BALOK

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2023

Program ini dianjurkan khusus buat pelajar-pelajar dari sekolah berhampiran Kampung Balok....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA KDB

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2023

Program ini diadakan khusus buat pelajar kelas ICT PEDi Kampung Balok....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS ICT @ PEDI KAMPUNG BALOK

Aktiviti Terkini | 3, 4, 7, 8, 10, 11 Jun 2023

Program ini disertai oleh pelajar sekolah dari sekitar Kampung Balok....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA POSTER KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2023

Program ini diadakan khusus buat peserta kelas ict PEDi Kg. Balok...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASSIN & TAHLIL TANAH PERKUBURAN KAMPUNG BALOK SEMPENA AIDILFITRI 2023

Aktiviti Terkini | 16 April 2023

Program ini diadakan secara terbuka kepada seluruh komuniti di Kampung Balok mahupun dari luar Kampung Balok...baca selanjutnya

PROGRAM PENUTUP KELAS ICT & ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ANJURAN PEDI KAMPUNG BALOK DENGAN KERJASAMA PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI FELDA BUKIT SAGU, PEDI MAHKOTA JAYA, PEDI LEPAR HILIR 1 & PEDI KAMPUNG UBAI.

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2023

Program ini diadakan secara tertutup kepada peserta kelas ict musim cuti sekolah dan seramai 56 orang telah menyertai program ini....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS USAHAWAN TIKTOK

Aktiviti Terkini | 2 Februari 2023

Program Kelas Keusahawanan Go-Ecommerce Tiktok...baca selanjutnya

PROGRAM JARINGAN KESIHATAN PEKA B40 ANJURAN KLINIK KESIHTAN HIJRAA KEMAMAN @ KAMPUNG BALOK

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Program jaringan kesihatan untuk golongan B40 anjuran Klinik Kesihatan Hijraa Kemaman....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti