Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan sejarah, Kampung Balok diberi nama kerana terdapat banyak kayu balak di sekitar kampung pada waktu itu. Kayu-kayu ini dibawa keluar bagi tujuan export. Akibat peredaran zaman, balak ini telah dijadikan asal kepada nama Balok



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL MIV WITH IMFUTURES

Aktiviti Terkini | 17 – 19 Disember 2021

Petugas PEDi & wakil komuniti daerah Kuantan menyertai program ini. Merupakan program kerjasama antara MIV dan IMfutures Indera Mahkota, Kuantan. Menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti...baca selanjutnya

FB LIVE: KE ARAH KEHIDUPAN FASA ERA ENDEMIK

Aktiviti Terkini | 28 November 2021

Perkongsian ini dijalankan secara atas talian mengenai beberapa tips dan cara untuk berhadapan dengan kehidupan di fasa era pandemic....baca selanjutnya

FB LIVE: PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM TENGKUJUH & BENCANA BANJIR BAGI NEGERI-NEGERI PANTAI TIMUR

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2021

Perkongsian ini dijalankan secara atas talian mengenai beberapa tips dan cara untuk berhadapan musim bencana banjir pada penghujung tahun ini...baca selanjutnya

PROGRAM MIV BERSAMA SEKOLAH: PEMANTAPAN SAHSIAH MURID ‘KLIK DENGAN BIJAK’ – EDISI CHILD GROOMING

Aktiviti Terkini | 24 September 2021

Kolaborasi antara SKMM, MIV, PIK Kg Balok Pantai & SK Chengal Lempong. Pengisian ini diadakan secara online meeting Google Meet & live streaming melalui aplikasi yang dipancarkan di Facebook Page Klik Dengan Bijak & Pusat Internet Kg Balok Pantai. Tajuk yang dipilih adalah bersesuaian untuk mendidik para pelajar di peringkat kanak-kanak (10-12 tahun) mengenai bahaya internet...baca selanjutnya

PROGRAM BULAN MERDEKA: PENCAPAIAN NEGARA DALAM PELBAGAI BIDANG

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2021

Pengisian ini diadakan secara live streaming melalui aplikasi StreamYard yang dipancarkan di Facebook Page Pusat Internet Kg Balok Pantai. Tajuk yang dipilih adalah bersempena bulan kemerdekaan Malaysia iaitu Ogos....baca selanjutnya

PROGRAM: PAHANG VIRTUAL TOUR (EDISI: TEMPAT MENARIK DI PAHANG)

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2021

Perkongsian menarik secara alam maya mengenai tempat destinasi pelancongan di Pahang....baca selanjutnya

PROGRAM: KESEDARAN DAN PENCEGAHAN WABAK COVID-19 – PERKONGSIAN PENGALAMAN OLEH BEKAS PESAKIT & PENDEDAHAN LANGKAH MENCEGAH PENULARAN COVID-19

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2021

Pendedahan pengalaman sebenar oleh bekas pesakit & pendedahan langkah mencegah penularan Covid-19...baca selanjutnya

PROGRAM: JOM BAYAR ZAKAT ONLINE

Aktiviti Terkini | 10 Mei 2021

Pendedahan cara-cara membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan menggunakan laman web khas...baca selanjutnya

ADVOKASI FB LIVE: KLIK DENGAN BIJAK – PEMBULIAN SIBER

Aktiviti Terkini | 22 April 2021

FB Live PIK Kg Balok kali ini membincangkan topik Pembulian Siber yang semakin berleluasa di media social....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI ONLINE: KLIK DENGAN BIJAK (EDISI PENIPUAN ATAS TALIAN)

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2021

Mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati mengenai penipuan atas talian yang kian berleluasa. ...baca selanjutnya

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2021

Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC)....baca selanjutnya

E-KUIZ: ASAS BAHASA MELAYU

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2021

Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, kami mengambil insiatif untuk menjalankan kuiz secara atas talian bagi menggantikan program fizikal. Kuiz ini sesuai untuk pelajar sekolah atau sesiapa sahaja yg ingin menguji kemahiran pengetahuan Bahasa Melayu....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti