Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan sejarah, Kampung Balok diberi nama kerana terdapat banyak kayu balak di sekitar kampung pada waktu itu. Kayu-kayu ini dibawa keluar bagi tujuan export. Akibat peredaran zaman, balak ini telah dijadikan asal kepada nama Balok



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


JAMUAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 06 Disember 2019

Jamuan ini bertujuan untuk meraikan ahli PI dan para pelajar Giat MARA Indera Mahkota sekali gus memberi maklumat mengenai Klik Dengan Bijak dan pengunaan internet yang baik...baca selanjutnya

PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan dapat menyampaikan maklumat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE ONLINE SIRI 2

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kecekapan dan ketajaman minda peserta menyiapkan puzzle dengan masa yang pantas...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET KG. CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya

PROGRAM ZIARAH KASIH RAHMAH DI SG. LEMBING

Aktiviti Terkini | 08 September 2019

Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya

PAMERAN MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 02 & 03 Ogos 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI orang awam. Program ini dihadiri oleh YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad..baca selanjutnya

PROGRAM PAMERAN MALAYSIA BAHARU

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2019

Objektif utama penganjuran Pameran Malaysia Baharu adalah untuk menyampaikan maklumat terkini pencapaian cemerlang kerajaan baharu sempena setahun pentadbiran....baca selanjutnya

PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BALOK

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2019

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar & guru tentang penggunaan teknologi secara berhemah....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Pertandingan ini dapat menguji kecekapan dan ketajaman minda peserta menyiapkan puzzle dengan masa yang pantas serta menarik minat penduduk setempat untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yan dianjurkan oleh PI Balok...baca selanjutnya

TAKLIMAT ADVOKASI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta program tentang penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian serta risiko yang bakal dihadapi ketika berada di atas talian...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 20 April 2019

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar & guru tentang penggunaan teknologi secara berhemah....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019

Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya

Advokasi Bersama Ahli Pusat Internet Kg Balok

Aktiviti Terkini | 26 January 2019

Memberi pendedahan mengenai Keselamatan Siber dan menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli pusat internet...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti