Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan sejarah, Kampung Balok diberi nama kerana terdapat banyak kayu balak di sekitar kampung pada waktu itu. Kayu-kayu ini dibawa keluar bagi tujuan export. Akibat peredaran zaman, balak ini telah dijadikan asal kepada nama Balok



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


MAJLIS MAULIDUR RASUL

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017

Majlis ini bertujuan untuk menyambut kelahiran nabi junjungan Rasulullah s.a.w. dengan berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat dan PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SUNGAI SOI

Aktiviti Terkini | 17 November 2017

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti Terkini | 01 Oktober 2017

Hari Terbuka PI1M Balok Pantai telah diadakan pada 01.10.2017 (Ahad) dan pelbagai jenis aktiviti telah dijalankan bersama penduduk setempat dan antaranya ialah sukaneka dan permainan atas talian....baca selanjutnya

Aktiviti Gotong-royong bersama pelajar GiatMARA Indera Mahkota,wakil dari pihak nelayan dan penghulu Kampung Balok

Aktiviti Terkini | 29 September 2017

Aktiviti gotong-royong dijalankan sempena Hari Terbuka PI1M yang akan diadakan pada 01 Oktober 2017 (Ahad)...baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna bersama ahli PI1M sempena bulan Kemerdekaan

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2017

Pertandingan mewarna bersama ahli pi1m balok bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan daya komunikasi di antara mereka...baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 15 & 16 Jun 2017

Bengkel adobe photoshop bertujuan untuk meningkatkan kreativiti pelajar dalam mengedit gambar dengan lebih berkesan menggunakan komputer....baca selanjutnya

Taklimat KDB & CyberSafe di Hari Terbuka PI1M Kg Kempadang

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Memberikan satu pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan siber melalui program Digi CyberSafe kepada pelajar dan pelawat yang menyertai program terbabit....baca selanjutnya

ADVOKASI DI SK BALOK SEMPENA BULAN ICT SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 04 Mei 2017

Program advokasi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan di Internet....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA PELAJAR TABIKA BALOK PANTAI

Aktiviti Terkini | 21 April 2017

Pertandingan ini dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam kemahiran melukis dan mewarna menggunakan komputer...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG BERSAMA GIATMARA

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2017

Aktiviti ini dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di PI1M dan membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan masyarakat yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan bersih selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim diantara pelajar giatmara dan staff P1IM...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak, E-Waste & Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi aktiviti PI1M kepada penduduk setempat disamping menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna & Melukis Menggunakan "Paint”

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam kemahiran melukis dan mewarna menggunakan komputer...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti