PROGRAM KURSUS JAHITAN BANTAL

Aktiviti terkini |20 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Cyberhall PEDi Kg. Balok

Ringkasan Aktiviti :
• Anggaran seramai 5 orang peserta telah menghadiri sesi temuduga.
• Program ini merupakan program kolaborasi PEDi Kg. Balok bersama KEMAS PKEM Indera Mahkota.
• Program terbuka kepada umur 19 – 40 tahun sahaja.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk menjalinkan hubungan kolaborasi bersama KEMAS PKEM IM serta bagi menjadikan PEDi sebagai salah satu pusat pengembangan ilmu kemahiran kreatif dalam bidang jahitan.
• Tujuan program ini diakan kerana banyak permintaan supaya membuat kelas jahitan untuk golongan belia.

Butiran Aktiviti :
• Program bermula 10.30 Pagi hingga jam 6.00 Petang.
• Peserta diberikan setiap set kelengkapan menjahit dan sebiji bantal untuk disiapkan.
• Peserta diperkenalkan dengan jahitan jenis jelujur, jahitan silang pangkah, dan teknik penggunaan mesin jahit.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti
• Memberi pendedahan kepada penduduk Kampung Balok tentang cara Menjahit Bantal
• Peserta dapat mempelajari pelbagai jenis jahitan tangan dan mesin.
• Sebagai salah satu cara mempromosikan PEDi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke PEDi.

Nama VIP


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :