PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti terkini |15 -29 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Cyberhall & Bilik Latihan ICT PEDi Kg. Balok

Ringkasan Aktiviti :
• Seramai 120 orang peserta telah menyertai program-program yang dianjurkan.
• Antara aktiviti yang dijalankan adalah mini explorace, tayangan video dan pertandingan mewarna, maze kids, aktiviti STEM dan program kelas ICT.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program adalah untuk meningkatkan jumlah keahlian di PEDi Balok serta meningkatkan ilmu pengetahuan peserta dalam kemahiran STEM dan nilai bekerjasama dalam kumpulan.

Butiran Aktiviti :
• Program bermula 10.30 Pagi hingga jam 2.00 Petang.
• Aktiviti mewarna bertemakan I Love Palestine.
• Projek berkumpulan memasang dan mereka cipta replika.
• Kuiz dan aktiviti maze kids.
• Tayangan video magika bersempena cerita-cerita hikayat dongeng dulu kala.
• Kuiz blooket teka gambar ICT.
• Serta aktiviti-aktiviti indoor lain yang menyeronokkan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti
• Melalui program ini PEDi berjaya meningkatkan keahlian baru seramai 33 orang.
• Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan ianya dapat meningkatkan kemahiran ketangkasan dan kecekapan dalam berfikir serta menambah baik nilai-nilai kerja berkumpulan dalam kalangan peserta.

Nama VIP


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :