MINI SUKANEKA PPDK & PEDI SEMPENA KEMERDEKAAN KE-65
Aktiviti terkini |24 Ogos 2022Tempat Aktiviti:
Sk. Chengal Lempong
Ringkasan Aktiviti :
• Pertandingan mini sukaneka bersama adik-adik pendidikan khas PPDK Sri Nilam Cahaya Kampung Balok & PEDi Kampung Balok, Semambu, Panching dan Bukit Sagu.
Tujuan Aktiviti :
• Bertujuan melahirkan semangat kemerdekaan dalam kalangan peserta seterusnya memberi sedikit kegembiraan serta kebahagian buat adik-adik pendidikan khas.
Butiran Aktiviti :
• Program bermula pada jam 8.00 pagi.
• Seramai 40 peserta telah melibatkan diri.
• Antara pertandingan yang dijalankan adalah tarik bola dalam gelung, rebut kerusi, baling bola dalam bakul dan kutip gula-gula bagi anak-anak autism.
• Selain itu, terdapat juga jualan mencanting dan mewarna batik.
Kebaikan / Kelebihan aktiviti
• Memberi semangat kemerdekaan dalam kalangan peserta dan ibu bapa pelajar.
• Menambahbaik kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dalam kalangan pelajar.
• Membantu dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran luar.
• Meningkatkan kemahiran bersosial dalam kalangan pelajar pendidikan khas.
Nama VIP
• Encik Mansor Bin Moktar (Pengerusi PPDK & JKKK, Panel Penasihat dan Ketua Kampung Balok)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :